top of page

Sebab-sebab kenapa perlu ambil HIBAH Takaful ?

From the Heart

Family Taking a Photo

1. Kelangsungan Hidup Orang tersayang

Kematian seseorang ahli keluarga yang membawa sumber rezeki utama keluarga adalah satu keadaan situasi kritikal. Ahli keluarga ini tidak semestinya lelaki sahaja atau sang suami. Ia boleh jadi sesiapa saja yang dianggap "breadwinner" atau pemberi nafkah.

Kehilangan secara mengejut ini bukan sahaja mendatangkan kesedihan, ia juga mengakibatkan hilangnya segala pendapatan sara diri dan nafkah bulanan untuk keluarga yang ditinggalkan.

Nafkah isteri, nafkah anak, nafkah ibu bapa - terhenti.

Kehidupan berubah sekelip mata. 

Dalam keadaan ini, isteri yang suri rumah mungkin perlu bekerja semula. Bukankah si suami dahulu yang ingin isterinya duduk rumah untuk jaga anak baik-baik? Apakah bisik hati para isteri sekarang?

"Abang... ayang teringin nak abang Hibahkan saya RM500,000.00,"
bisik isteri dalam hatinya.

Manfaat Hibah takaful berupa wang besar yang dihadiahkan (dihibahkan) kepada waris boleh memberi jaminan kewangan kepada mereka untuk menyara diri selepas kematian si mati.

Selain itu, manfaat hibah takaful juga bermakna keluarga anda tidak perlu mengharungi proses pengagihan harta yang rumit. Ini kerana melalui hibah bersyarat ini, anda telah menghadiahkan wang tersebut terus kepada waris anda.

Walaupun duit bukanlah segala-galanya untuk mereka setelah kematian si mati, tetapi segala-galanya memerlukan duit.

2. Perlindungan Kemalangan & Cacat Kekal

Salah satu lagi kelebihan hibah takaful ialah ia juga mempunyai komponen perlindungan kemalangan dan cacat kekal sepenuhnya ("total permanent disability" TPD). Dalam masa anda gigih bekerja dan mencari rezeki, akan ada situasi yang tidak dijangka menimpa.

Statistik kemalangan jalanraya Malaysia tahun 2017, 6740 maut + 3310 cedera parah.

Kemalangan jalanraya sangat sinonim dengan Malaysia. Tidak asing juga kemalangan yang berlaku semasa anda dalam pengangkutan awan dan yang diakibatkan oleh bencana alam.

Bayangkan anda mendapat perlindungan dari semua risiko kemalangan ini dengan hanya satu pelan mudah, hibah takaful ialah solusi mudah untuk anda.

 

Tahukah Anda?
Produk Hibah Takaful di pasaran mempunyai perlindungan "waiver" dimana anda tidak perlu membayar sumbangan bulanan andaikata anda mengalami 43 Penyakit Kritikal atau dapat cacat kekal sepenuhnya. Hubungi ejen takaful Prudential anda segera.

Leasing a Home

3. Modal mengurus Harta Pusaka

Tiada apa yang percuma di dunia ini. Setuju?

Nak mati perlukan duit untuk pengurusan pengkebumian. Tinggalkan duit dan harta pusaka banyak pun perlukan duit dan modal untuk menguruskannya. Lagi besar harta pusaka, lebih besar modalnya.

Bak kata Apek dalam filem Madu 3 lakonan Tan Sri P. Ramlee, "Hidup pun susah, mati pun susah."

Waris memerlukan modal berupa tunai bagi menguruskan harta pusaka yang digunakan untuk perlantikan peguam dan kos-kos sampingan.

Pengurusan harta pusaka memakan masa yang panjang jika si mati tidak membuat wasiat bertulis semasa hidupnya.

Alangkah bagusnya jika anda tinggalkan hibah takaful untuk keluarga. Ini kerana keluarga anda tidak perlu mengharungi proses pengagihan harta yang rumit. Ini kerana melalui hibah bersyarat ini, anda telah memastikan wang yang disediakan untuk waris akan dibayar terus kepada waris anda.

 

Kos-kos Mengurus Harta Pusaka

1. Caj pengurusan harta oleh syarikat amanah. Contoh, Amanah Raya Berhad.

2. Caj surat kuasa tadbir dan perintah pembahagian oleh Pejabat Pesaka Kecil.

3. Kos sampingan dibayar kepada pihak guaman atau syarikat amanah.

4. Kos sampingan persendirian untuk urusan dengan pihak guaman, syarikat amanah dan sesama waris.

Jika waris tidak mempunyai modal atau duit untuk bayaran pengurusan harta pusaka, tentunya ia akan mendatangkan kesusahan kepada waris dan keadaan menjadi lebih buruk apabila keluarga yang lain bertikam lidah menuntut hak bahagian masing-masing.

Bayangkan waris ialah wanita dan seorang suri rumah yang mempunyai pendapatan terhad. Atau anak yang masih kecil ditinggal yatim piatu bersama pakcik makcik yang tidak bermodal untuk mengurus harta pusaka anda serta kos menjaga anak anda.

Hasilnya, harta pusaka tidak bermanfaat kepada waris kerana tidak boleh diuruskan kerana tiada duit dan modal mencukupi.

Dengan adanya Hibah takaful ini dapat memastikan waris yang anda namakan menerima jaminan kewangan dan modal segera untuk menguruskan harta pusaka yang anda tinggalkan untuk mereka.

Waris perlu MASA ? ILMU ? DUIT ? Untuk cairkan Harta Pusaka anda ??

BAGAIMANA HIBAH BOLEH MEMBANTU DALAM MENCAIRKAN HARTA PUSAKA ??

Proses mencairkah Harta Pusaka yang rumit dan lama

Jika berlaku sahaja kematian, semua Akaun, Aset, Liabiliti, sedia ada akan dibekukan dan menjadi harta pusaka. Sebagai Contoh semua Akaun Bank, Epf, Tabung Haji, ASB/ASW, Saham-Saham, Amanah Saham, Saham Syarikat, Perniagaan, Harta Tanah. Sebelum menerima harta pusaka tersebut, waris-waris perlu mengharungi beberapa proses untuk mencairkan harta pusaka tersebut. Pertama sekali, waris perlu menyediakan 'inventory list' kesemua harta si mati. Kesemua waris perlu pergi ke mahkamah pada satu masa yang sama.

 

Perancangan Harta Pusaka & Penama

 

Estate Planning is not for oneself,
IT IS THE GIFT TO YOUR LOVED ONES WHEN YOU ARE NO LONGER AROUND...

​

Dear Mr Prospect, you have worked so hard to earn money & purchase properties. To some successful people like you, will have your own business. One day, no matter we wish or not, we will have to
leave this World and pass our assets to our loved ones. We wish to pass down 100% of our hard earn assets to our loved one. Do you agree?

 

When we leave this World, the first thing will happen to our assets and liabilities will be FROZEN. Therefore, our loved ones will have to spend time to unfreeze your estate before they can start to enjoy the benefits.  Of course, they will need certain knowledge before they can do so. Even if they have the knowledge, They also need money in order to survive while waiting for the estate to be unfrozen. Let us look at the process now.

 

In order to unfreeze the estate, firstly the family members have to come out with an inventory list. The inventory list will list down your accumulated business assets, shares & etc. during your lifetime. And this process takes time, too. If you have will, your family member need to go to High Court and apply for Grant of Probate.  But if you don’t, your family member need to go to High Court and apply for Letter of Administration. After obtain the GOP/LA, first thing they need to do is to satisfy the creditor. In Laymen term, settle the debts before they start the distribution. They will first need to settle the income tax that you owe (if any), followed by employee’s EPF, SOCSO, employee’s salary, secured loans such as mortgage & car loan, finally those unsecured loans/creditors.

​

Besides that, if your loved ones engage with lawyer, they need to pay for the lawyer on top of those debt settlement. At the End, our assets might left around 50% and the whole process will take at least 10 months time.

Do you want your assets to be diluted from 100% to 50% when pass to your loved ones?

​

In this period of time when your estate is still frozen, your family will still need to carry on with daily lives while going through this process. It does not matter if you have a will written or not... So where can they get the money from while going through the process?

All these takes time.... And your family member need to:

1. Have the knowledge to deal with the estate administration process

2. Settle all debts

3. Settle lawyer/executor/ administrator fees

So where can they get the money from while going through the process?

Not to worry, I have a solution for you!

​

How can Insurance / Takaful help in estate planning?

 

1. Support for your dependents while waiting for the estate to unfreeze

2. Protect your wealth from Potential Creditors

3. Preserve your estate by settling debts

4. Death Benefit is generally not  taxable

 

4. Selesaikan Hutang sedia ada

Ustaz ada pesan bahawa hutang ialah perkara UTAMA yang perlu diselesaikan oleh waris sejurus si mati meninggal dunia dan mayatnya diurus rapi.

Bahkan waris wajib melangsaikan hutang terlebih dahulu sebelum mengurus dan membahagikan harta pusaka si mati kepada waris.

Kerana hutang yang tidak dilunaskan boleh menjadi penghalang si mati menuju ke syurga.

 

Sabda Rasulullah S.A.W;
“Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali HUTANG.” (Hadis Riwayat Muslim)

 

 

Dalam hadis lainnya;
“Sesungguhnya Roh orang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya. Sehinggalah hutangnya dijelaskan.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Tirmizi)

 

Jadi mana datangnya wang besar untuk membayar hutang-hutang besar si mati?

Dan buat waris yang tidak bekerja; contoh suri rumah yang tiada pendapatan, bagaimana Puan dapat membayar hutang piutang suami yang telah pergi dengan serta merta?

Dan bagaimana pula buat waris yang tidak mengerti apa-apa; contoh anak bawah 16 tahun, bagaimana anak-anak kita membayar hutang piutang kita setelah kita (ibu atau bapa) pergi dengan serta merta?

Mungkin mereka boleh fikir untuk lakukan ikhtiar sebagai waris di bawah,

a) keluarkan wang simpanan di bank, ASB, unit trust.
b) jual rumah, kereta, motor.
c) minta derma dari keluarga.

Tapi sesiapa yang pernah kehilangan ahli keluarga tahu bahawa perkara di atas ini bukan senang dilakukan selepas pemilik meninggal dunia.

Ini kerana,

a) Asset tunai, rumah, kereta akan di bekukan. Jika jual rumah, waris nak tinggal mana?

b) Pindah milik, penjualan terbatas & susah. Perlu masuk mahkamah, surat kuasa.

c) Keluarga kita tak mampu bayar semua hutang yang kita cipta.

d) Jika kita nak jual barang secara terdesak, kita selalu rugi kerana dapat pada harga yang amat rendah.

Jadi kita yang ingin masuk syurga, mempunyai hutang piutang yang banyak, dan mempunyai waris, sediakan Hibah takaful terbaik untuk bantu mencapai cita-cita anda setelah dicabut nyawa.

TIPS: Hibah takaful boleh dijadikan MLTA, MLTT kepada pinjaman perumahan atau sewa beli kereta anda. Hubungi saya dipenghujung artikel ini untuk maklumat lanjut. 

5. Dana Pendidikan Anak

Anak adalah penyambung zuriat kita.

Bagi menyediakan mereka untuk kehidupan dan masa depan yang lebih cerah, pendidikan menjadi asas utama untuk mereka.

Kita tentunya mahu mereka belajar dengan selesa di sekolah dan seterusnya memberikan mereka peluang melanjutkan pendidikan tinggi di universiti ternama.

Jangan jadikan ketiadaan kita dan kesempitan kewangan sebagai alasan untuk mereka untuk gagal menghadapi masa depan yang cerah.

Bayangkan anda boleh menyediakan kewangan cukup kepada pendidikan anak anda, walaupun anda tiada di sisi mereka. Kini anda boleh, kerana anda berpeluang mendaftar dengan hibah takaful ini. Betapa bahagianya anak anda kerana anda telah merancang masa depan cemerlang buat mereka.

Kos Pendidikan Tinggi Swasta (Setahun) di Malaysia

a) Bacelor Ekonomi; RM37,000.00
b) Bacelor Kejuruteraan; RM48,000.00
c) Bacelor Farmasi; RM45,000.00
d) Bacelor Sains Komputer; RM40,000.00

6. Melaksanakan Upah Haji atau Badal Haji.

Waris juga adalah digalakkan membuat Upah Haji atau Badal haji bagi si mati. Di samping itu, waris juga digalakkan untuk menunaikan haji bagi memenuhi rukun Islam ke 5 bersama-sama kedua-dua orang tua yang masih hidup.

Rukun Islam mengikut turutan

1. Mengucapkan dua kalimah syahadah dan menunaikan haknya.

2. Menunaikan fardhu solat lima waktu (Subuh, Zuhur, Asar, Marghrib, Isyak).

3. Berpuasa wajib pada bulan Ramadan.

4. Membayar zakat (zakat fitrah, zakat harta).

5. Mengerjakan fardhu haji di Mekah bagi mereka yang mampu.

Perkara ini ada disebut dalam hadis Riwayat Bukhari seperti yang ditulis di bawah,

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa seorang wanita dari Juhainnah datang kepada Nabi S.A.W dan bertanya,

”Sesungguhnya ibuku nadzar untuk haji, namun belum terlaksana sampai ia meninggal, apakah saya harus melakukan haji untuknya?” Rasulullah SAW menjawab, “Ya, bagaimana pendapatmu kalau ibumu mempunyai hutang, apakah kamu akan membayarnya? Bayarlah hutang Allah, karana hutang Allah lebih berhak untuk dibayar.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Dari rujukan kami, kos upah haji (Badal haji) bermula dari RM3000.00 untuk seorang. Ia tidaklah setinggi seperti bayaran bulanan Hibah takaful jika dibandingkan dengan manfaat Hibah di dunia dan di akhirat.

 

Namun harus diingat bahawa upah haji (Badal haji) juga ada syaratnya.

 

Syarat Badal Haji

1. Tidak sah badal haji bagi seseorang yang mampu melaksanakannya.

2. Sah badal haji kepada mereka yang telah meninggal dunia dan mampu melaksanakan semasa hidup, orang yang sakit tidak ada harapan sembuh seperti penyakit kronik, hemodialisis dan lain-lain atau mereka tidak ada keupayaan untuk melaksana ibadat haji.

3. Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.

4. Sah bagi wanita mengambil upah haji untuk lelaki dan sebaliknya.

5. Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.

6. Seseorang yang meninggal dunia yang mempunyai wang dan hartanah maka selayaknya dibadalkan dengan mengunakan hartanya sama ada ia berwasiat atau pun tidak.

7. Meraka yang mempunyai penyakit yang tidak ada harapan sembuh contohnya, kencing manis tahap kritikal atau sakit buah pinggang yang perlu pada hemodialisis.

EbbyYus_281221_edited.jpg
"Kalau masih kita layak untuk ambil insurans (takaful) ambillah insuran (takaful) ini pengalaman saya kalau Allah nak tarik tak lama mana. Saya dalam masa setahun 4 biji kereta habis, duit dalam bank habis dalam masa setahun. Sekejap ja. Saya kumpul semua tu dalam masa 15 tahun"

- Eby Yus -

INGIN MENDAFTAR HIBAH TAKAFUL??

12 Suite 14-05, Level 14, Block 1, Mercu Maybank, No3, Persiaran Multimedia @ i-City, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Whatsapp - En Shah - 01139366437

Woman Walking Outdoors

"Masa Muda sihat kuat kita buat persiapan untuk masa hadapan, bukan hanya untuk kita tapi orang yang tersayang. Jangan bebani mereka selepas ketiadaan kita atau berlaku sesuatu pada kita nanti "

Hubungi Untuk Mendaftar :

Sphere on Spiral Stairs

12 Suite 14-05, Level 14, Block 1, Mercu Maybank, No3, Persiaran Multimedia @ i-City, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

greenmanempire.com

011-39366437

Thanks for submitting!

Opening Hours

Mon - Fri

8:00 am – 5:00 pm

Kenapa perlu ambil HIBAH Takaful ?

  • alt.text.label.Facebook
  • alt.text.label.LinkedIn
  • alt.text.label.Instagram
  • alt.text.label.YouTube

©2022 by Kenapa perlu ambil HIBAH Takaful ? . Proudly created with Wix.com

bottom of page